FAITHFUL TO THE ONE , YA ALLAH .

Kekuasaan Allah


3 soalan 1 penampar


Pemuda : Anda siapa dan bolehkah menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba jawab mengikut kemampuan saya.
pemuda berkata kepada imam tersebut:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan bukti kewujudan tuhan kepada saya?
2.Apakah yang dinamakan Takdir?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras! .
 Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya kepada 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh tidak faham.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sudah tentu saya berasa sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan Takdir.
Imam : Apakah yang meliputi tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Apa yang meliputi pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : itulah jawapan untuk soalan ketiga. Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang sangat menyakitkan untuk syaitan…

No comments:

Post a Comment